Hi Gorgeous,
hari ni i nak share tips2 penjagaan kulit....harap akan berguna pada u all semua.....muaahhhhh
Kulit & masaalah jerawat
Pemakanan yang seimbang, penjagaan wajah yang sempurna dan tidur yg mencukupi membantu kulit jenis normal bertambah sihat. Penggunan pencuci wajah, penyegar dan pelembap yg mengandungi SPF akan membantu mengembalikan seri kulit wajah
Kulit berminyak
Elakkan drp mengambil makanan yg berminyak, berempah, pedas dan kafein.
Pemakanan begini hanya meningkatkan penghasilan berminyak yg berlebihan.....Gunakan pencuci muka yg bebas minyak 2 kali seminggu. Jangan Sental kulit terlalu kasar kerana akan menghilangkan lembapan semula jadi. Gunakan penyegar yg sesuai. Pilih pelembap yg berumusan noncomedogenic untuk mengelakkan pori wajah tersumbat.
Kulit kering
Sebelum bersolek pastikan kulit disapukan dengan sedikit pelembap. Jika menggunakan bedak asas, pastikan ia tidak dirumus daripada gel atau sabun kerana akan membuatkan kulit bertambah kering. Guna pencuci wajah berasaskan losen dan susu ubtuk memberi effect yg lembap pada wajah.
Kulit Sensitif
Jauhi segala pencuci wajah berbentuk gel dan sabun muka yg mengeringkan. Bahan jagaan kulit muka yang mengandungi CHAMOMILE dan JOJOBA mampu memberi kelegaan pada kulit wajah. Kulit yg sensitif memerlukan bahan-bahan yg semula jadi bagi mengatasi masalah alergik or kulit merengsa.
Kulit Matang
Rawat kulit secara lembut. Kulit yg matang mudah tercedera dan agak sensitif. Rawatan yg secara konsisten dan pemilihan bahan jagaan wajah yang sesuai amat penting. Sesekali kulit harus dipupur dan disental agar sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan.
tengs kak for da info... :) sgt membantu saye...
ReplyDeleteno problem dear..sharing is caring :)
ReplyDelete